Thursday 1 August 2013

cerita semalam


Alhamdulillah. sedar tak sedar aku hampir ke pintu bahagia. terima kasih Cik Semangat, kau di antara orang tengah yang temukan kami. walaupon kau sendiri tahu macam mana peritnya saat aku ingin merasa apa itu 'bercinta'. dan kau sendiri lebih banyak pengalaman tentang tu. moga jodoh kau & Si Cinta kekal ke akhir hayat. amin..... ;)



Syukur.. sepuluh jari aku menyusun, Allah masih letakkan rasa ingin berpasangan diantara kami. walau pengalaman kami agak berbeza. tak salah kalau kita mencuba sesuatu yang baru. ye tidak ? Allah sendiri suruh kita berusaha dengan apa yang kita lalui. sometime apa yang datang itu semua pengajaran buat individu. just harap yang terbaik buat kami. Insya Allah andai betul jalan kami, andai betul jodoh kami, akan ada satu anak tangga yang menanti.





Semalam aku nangis,
Semalam aku di uji,
Semalam aku tersungkur,
Semalam jugak aku dihukum.

tapi...

Hari ni aku senyum,
Hari ni aku ketawa,
Hari ni aku bangkit,
Hari ni jugak aku bahagia.


Tuesday 14 May 2013

Terbuku.. Terkaku..

Sebelum mula kan. *tadah tangan*  Ya'Allah.. Kau yang adil. Kau yang sempurna. Kau tahu setiap apa yang terjadi. MasyaAllah. Terima kasih Ya'Allah. Kau makbulkan doa aku. Terima kasih atas setiap petunjuk yang kau berikan. Kau uji kami dengan pelbagai cara. Terima kasih Ya'Allah.

Perancangan dah lama, cuma masa yang sesuai belum sampai. Maka ! Semalam, terlintas.. Terdetik.. Nak meminta izin atas apa yang terpendam selama kami berkawan. Nak di ikutkan cerita aku bukan punca. Sebabkan nak selamatkan mangsa dan masalah yang lebih besar. Aku kedepan menyelamatkan keadaan. Cara lelaki yang baran bercakap dengan perempuan berbeza dengan lelaki yang baran bercakap dengan lelaki. Aku terima atas setiap kata-kata dia. Bagi aku, tak apa. Manusia tengah marah,biasa lah, semua akan dikeluarkan. Aku hanya mampu telan dan senyap. Terima ...

Lepas kejadian, kami berkawan dalam diam. Tanpa pengetahuan Si Cinta Cik Semangat. Mungkin setiap apa yang berlaku terbatas atas sebab sebab tertentu. Nie jugak buat kami dewasa. Terima kasih. Aku cuba mana yang terbaik. Apa yang terlintas dalam otak. Itu lah yang aku cakap kat dia. Perasaan tak dapat digambarkan. Atas usaha dan dorongan Cik Semangat, aku kuatkan diri jugak. Aku mula perbualan. Bismillah....

*text send* mula lah hati gundah gelana, apa agak2 jawapan dia. Kena maki ke aku ? Dia marah aku ke ? Apa agak2 dia nak cakap ? Hishhh... Memacam lah dalam otak nie. Tengah makan pon jadi terbantut sebab memikirkan apa feedback dia terhadap text aku tadi..

Huh ! Alhamdulillah. Untuk hari ni dan selama nya. Bermula 15may13 tepat jam 1.24pm. Aku terima text dari Si Cinta Cik Semangat. Serius aku tak tahu nak cakap macam mana. Nak gelak Nak nangis Nak jerit. Semua ada lah. Mungkin aku terlampau mengharapkan. Dengan kata dia yang ringkas buat aku senyum selama nya Insya Allah..

Kata Dia :
...Yelah. Kalau nak Nak kawan, kawan je lah. Tapi aku tak nak dengar ada masalah lagi..

*senyum lebar* aku terus amik fon dan call Cik Semangat. Entah, excited aku nak kasi tahu dia atas respond Si Cinta Dia. Sebak ! Tak sangka. Terharu. Sbb nie yang aku harap sangat. Sebuah persahabatan yang kekal. Risau ! Andai kata aku tak berbaik semula. Dan dia akan melangkah satu anak tangga, agak2 macam mana nasib aku ? Boleh ke aku jumpa Cik Semangat lagi ? Pasti tidak. Aku faham, "syurga isteri bawah telapak kaki suami".. Aku jugak tak akan ajar dia supaya menderhaka. Just aku mampu buat yang tebaik. Tapi itu perasaan aku sebelum ni. Sekarang tidak lagi. Semuanya tamat. Alhamdulillah. 

.. Thanks paan..

Janji kau pada Si Cinta Cik Semangat. Aku akan jaga sebaik mungkin friendship kami. Insya Allah. Sebab peluang yang aku dapat bukan mudah. Cukup sekali. Maka ! Akan aku jaga elok2. Mohon maaf atas segalanya. Terima kasih untuk kesekian kali. 

Sunday 12 May 2013

Selamat Hari Ibu

Menanti jam tepat 12 malam. Duduk aku dalam bilik mak, saja melayan drama malam dengan dia. hehe. Setelah seharian membusykan diri. Bukan apa, malas nak memikirkan masalah yang datang, Just hadap ! Cuba untuk senyum, Cuba untuk ketawa. tak nak sapa2 tahu yang otak aku masih memikirkan something.

Okey, menjelang 12may. Masuk bilik & peluk mak. Sebak :'( First wish to my Luvly Mom.

*one & only my idol NOR HAMIZA MOHD ALI* 

Mom, happy mother's day. Thanks for everything. nana sayang mak. Mak menahan sakit untuk 9 bulan 10 hari melahirkan nana. Susah senang mak tak dapat nana nak balas mak, Jutaan duit mak keluar untuk besarkan nana. Maafkan nana atas dosa nana sebelum nie. Nana sayang mak. Nana perlukan doa mak. Mak segalanya untuk nana mak. Mak bagi nana didikkan yang lengkap sampai lah nana jadi manusia yang berguna sekarang mak. Terima kasih untuk segalanya. 



Bagi aku, mak ratu aku. Mak segalanya untuk aku. mak idola aku. Setiap kata kata mak bermakna buat aku. mak, satu nana mintak doakan nana. Nana tahu mak tabah, mak ajar nana supaya kuat. Nana perlukan mak. Ya'allah. Andai mak tahu apa dalam hati aku nie. Apa perasaan mak ye ? cuma nana mintak & mohon. Jangan tanya pasal dia lagi dengan nana. Nana cuba jaga nama baik Dia depan mak. Nana tak tahu nak jawab soalan mak. Nana cuba apa yang nana mampu. Bukan nana yang mintak, but nana rasa biar lah Dia carik kebahagian dia sendiri mak. Nana mintak maaf.

LoveYouForeverMom......
...saat yang aku inginkan..


Melangkah ke Alam Baru

Dalam satu masa yang singkat, aku menghadiri 2 majlis akad nikah. Bagi aku siapa yang dah layak & mampu berkahwin, maka.. Wajib lah bagi seseorang itu untuk mendirikan masjid yang sejati. Aku doakan semoga sampai ke akhir hayat.

10may13.. Selamat Angah (kakak Cik Semangat) menjadi isteri orang & bakal menjadi seorang ibu kepada anak mereka. Setiap kali aku tengok orang akad nikah, aku yang sebak. Tak tahu kenapa. Bagi aku, tanggungjawab seorang isteri terhadap si suami adalah berat. Gugur satu beban seorang ayah memikul dosa anak perempuan nya. Pape pon. Tahniah Angah, semoga jadi isteri & ibu yang sempurna. Insya Allah..

Si mereka 3 beradik



Ke esokkan harinya. 11may2013. Aku berkejar ke Shah Alam. Sampai je sana. Tak sabar nak jumpa kawan2 sekolah lama. Yup ! last kami jumpa time amik keputusan SPM. Happy... hehehehe. Dulu Si Pengantin yang suka buat lawak & seorang yang serious bila menjalankan tugas. Tak sangka dia yang kawin dulu.

yang gila lagi menggila .. missyouALL..


 Satu lagi majlis akad nikah berlangsung. Kawan sekolah aku. Masih tak sangka Si Dia dah selamat di Ijab Kabulkan. Ya'allah, kawan aku dah selamat. Syukur, Satu doa aku kirimkan buat dia. Sekali lagi air mata aku gugur selepas lafaz akad dikeluarkan dengan satu lafaz. Alhamdulillah..

Fatin Najwa *wawa* & pasangan *fauzan*

Selesai Si Suami batalkan air sembahyang. Mereka berjumpa diantara kedua-dua family. Dan akhirnya kawan2 yang rapat. Masing2 yang sebak. hehe. Entah, sorang kawan dah lepas. Agak2 kami ni macam mana agak nya ye ? Macam biasa soalan memasing. 'Eh, kau bila lagi ? Eh, Next sapa pulak yang kawin ? " 

#Ucapan untuk kedua mempelai : Wawa, Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal ke akhir hayat, Nana doakan wawa yang  terbaik. Semoga jadi isteri yang solehah, ibu yang baik kepada anak2. 


Monday 6 May 2013

Selamat Lahir

 Menanti saat dan detik menyambut kedatangan 26.04.13. Tepat jam 12malam. Satu ucapan aku hulurkan buat Cik Semangat..

"Selamat menyambut hari tua, semoga panjang umur & murah rezeki. Melangkah kamu ke angka 20th. Insya'Allah aku doakan yang terbaik......."

Ucapan di-iringi dengan sebak. Entah ! Aku cakap berdasarkan apa yang aku rasa time tu. Panjang lebar ucapan aku, maka dibalas dengan kata-kata yang membuatkan air mata aku jatuh.

".....aku melangkah, aku tinggalkan 19th lepas dengan tenang. 20th aku pikul....."

Aku tahu, aku rasa, aku nampak. Aku boleh simpulkan.. 19th lepas banyak benda Cik Semangat hadap, baik masalah mahupun kegembiraan. Takpe! Bagi aku mungkin itu jugak yang buat kita makin dewasa. Tabah lah kau wahai Cik Semangat. Aku ada untuk sentiasa pimpin tangan kau demi meneruskan langkah. "just to make u happy".. 

26.04.13 jugak hari test. Damn.. Kenapa kena ada test hari ni ? Otak penuh dengan nota. Kaki melangkah untuk ke kolej. Oke ! Aku dan Cik Semangat pergi berasingan. Kata dia "lepas exam aku nak g jumpa Si Cinta" baikkk.. Aku menurut. Biakan dia bahagia atas hari kelahiran nya. Aku bagi di peluang. Walaupon hati aku kata "alaaa.. G jumpa omeyy ke ? Kita dah plan ngn g makan dengan budak2 nie".. 

Keluar hall, satu mahluk yang sentuh mental member aku. Ikut perangai busuk aku, nak je aku g kat dia tepuk dahi sekali. Grrr. Nampak tak geram aku kat dia macam mana ? Bukan apa, "kena ke kau muncul depan mata kami lagi ? Kau buang kami kot. Kau campak kami. Kau tahu tak kami selalu pikir pasal kau ?" tipu lah kalau kata aku tak sedih, serius talk. Kadang malas nak dengar nama dia muncul dalam hari aku. Bukan benci, just aku rasa terkilan sikit. Kadang aku nak tahu apa masalah dia sampai dia jadi macam tu ? Kau manusia yang pernah rapat dengan kami, pernah susah senang dengan kami, pernah bergelar sebagai SAHABAT kami. Hishh.. Dah lah. Tak nak cerita panjang pasal dia.. -manusia asing-

Sebelum menjelang hari lahir Cik Semangat, aku mintak idea pada Si Kakak and Si Supir. Apa nak dibelikan. Entah. Dalam otak macam2 nak dibelikan. Aku tahu setiap apa yang aku kasi Cik Semangat, dia akan hargai. Sebab tu mungkin aku suka belikan apa2 untuk dia. Bagi aku bukan mintak balasan, cukup sekadar hargai. Tu dah cukup buat aku tersenyum. Terima kasih :).

Pikir punya pikir, satu idea masuk. Cik Semangat mengadu yang jam dia putus. Baik lah, aku terfikir nak belikan dia jam. Hari tu g jenjalan, dia ada tunjukkan aku satu jam yang dia minat. So that, jam tu yang ada dalam otak aku sekarang. Ikutkan permintaan hati aku, macam2 aku nak buatkan untuk dia. "Cupcake Cookie monster" yup ! Itu jugak yang Cik Semangat merengek-rengek nak. Cerita dia kalau aku tahu buat. Dah selamat aku buatkan khas untuk dia. Tapi malang, aku tak reti. Hehe. Hanya mampu tempah atas kerjasama Si Kakak. " thanks dear sis. Loveyou "

"just a simple gift. Hope you like it"


...cupcake yang comel..




Esok ! 27.04.13.. Aku dan mereka merancang sesuatu buat Cik Semangat. Melangkah saja kami keluar dari dewan aku dan mereka mulakan perancangan. Mungkin Cik Semangat ingat "hanya pergi makan"..  Oke ! Aku teruskan. Aku dan Cik Semangat bersiap. Si Supir mohon untuk ambil dia kat rumah. Maka kata aku "tunggu kejap, kami bersiap. Mereka yang bersubahat sudah pun selamat sampai ke tempat yang dirancangkan.



...tempat yang di tuju...
Aku, Cik Semangat & Si Supir bergerak pantas. Kata aku " Eh ! Mereka dah sampai kat sana " . Apa yang ditugaskan aku, sudah pon mereka turutkan. Maka ! Aku datang hanya untuk membawa Cik Semangat (mangsa). Haha.. 

..birthday girl..


Kami hanya buat macam biasa, melihat menu dan order makanan. Sambil menunggu makanan sampai. sempat jugak kami bergambar. Sweet Moment bagi aku & mereka. Nie kali pertama aku nak sambut birthday Cik Semangat. so that, aku akan buatkan yang terbaik untuk dia. Dulu.... kami pernah jugak plan untuk Someone dekat situ jugak, tapi sayang plan kami bertukar arus. eh ! Dulu lah cerita dia..

Selesai kami makan, aku & yang lain menunggu masa untuk Mangsa di prengg kan.. HAHA.. Entah, excited tetiba. Duduk kami berborak seolah-olah macam tak ada apa2 yang berlaku. Saja melengahkan masa, tiba2 datang si Abang2 TGI nyanyi kan lagu birthday untuk Cik Semangat sambil bawak Cup Cake. Aku hanya mampu senyum & tutup muka. Eh ! macam aku punya birthday pulakkan ?

..mereka..


Cik Semangat disuruh nyanyikan satu lagu semperna birthday dia. Maka ! dalam otak dia terlintas lagu "SEMPURNA".. sebenarnya lagu tu patut didendangkan dalam perancangan kami sebelum ni. It's okey. hanya aku saja yang tahu plan yang sebenar. Abg TGI suruh wish something untuk kami yang bersubahat. First nama aku yang Cik Semangat sebut. Entah, aku rasa sebak time tu. Nama aku di sebut dengan nada yang sayup. Aku tahu dalam hati Cik Semangat dah menangis. Aku nampak dia cuba untuk gelak + senyum supaya tak ada siapa yang tahu perasaan dia. 

Akhir kata aku, Cik Semangat.. Selamat hari lahir. Semoga kau berjaya dalam hidup. Aku doakan yang terbaik buat kau. Aku tahu kau kuat, aku tahu kau tabah, maka ! teruskan melangkah sampai ke noktah. Aku sayang kau, thanks untuk setiap hari. setiap kata2 kau, setiap semangat kau bagi, kau tongkat aku...

hargai Dia sebaik mungkin :)




Saturday 6 April 2013

SENYUMAN pengganti hari ;

Seharian mencurik masa untuk gelak. Datang rumah si cik semangat pinjam diri & masa dia demi melayan kerenah kaki yang entah, tiba tiba rasa nak ke sana. Jumpa mama, sayu hati.. Kata mama "macam mana kat sana ? Meh sini nak peluk sikit" ya'allah.. Rasa macam nak jerit "aku sayang mama" padahal lambat dah sebenarnya sampai sana, biasa lah 'si supir' aku memang bawa kereta perlahan. Rasa macam arggg "meh sini kasi aku bawa lah ! " .. Tapi hakikat nya memang dia tak kasi aku drive. Maka... Hanya mampu duduk sebelah ontok-ontok.

.... & manusia yang aku colek kejap ! Aku tahu dalam gelak dia masih menghitung hari si cinta nak PERGI buat seketika. Sedih dia aku rasa, aku tahu tapi dia masih tak tunjuk. Masih lagi bergelak besar, cakap itu dan ini tanpa memikir. Jangan risau, ada nya aku untuk pimpin semangat kau balik. Kata aku " ni untuk masa depan korang bersama, so that just kasi dia pergi".

Aku rasa dah setiba mungkin untuk aku ada dengan dia saat dia rasa sedih. Ikut kata hati aku, nak berbaik dengan si cinta dia. Tapi aku masih "takut", padahal kalau nak ikutkan cerita, aku bukan di pihak yang salah. si cilaka tu buat aku sengsara sekarang. Sial !

Mungkin... Mungkin... Banyak sangat KEMUNGKINAN dalam hidup aku ni. Ada hikmat dengan setiap apa yang jadi. Kadang rasa sebak sikit sebab kami berkawan secara rahsia. Kenapa ? Masalah yang datang selalu bekait. Kami "just follow the flow". Hadap setiap benda yang datang. Aku jaga manusia yang ada depan mata aku, & manusia tu jugak yang ada saat aku gembira & sedih. Terima kasih masa temukan kami. Kau pembakar semangat aku.

Saturday 23 March 2013

14/2 semangat terbang dari anak mata

Terima kasih atas masa kerana temukan waktu untuk aku dan kau. Bedirinya aku masih perlukan kau yang digelar sebagai sahabat. Kau mengajar banyak benda untuk aku hidup dengan melangkah ketawa. Saat gembira aku merasa, saat susah aku tempuh, saat terjatuh ada nya tongkat dibelakang aku. Andai satu masa kau terduduk , aku masih mampu datang untuk pimpin tangan kau demi memijak bumi yang nyata. Walau kita tahu masih belum ada yang kekal. Tapi aku percaya, nilai sebuah persahabatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kenapa aku talu ? Kau tahu jawanpannya. Aku masih lumpuh tapi bernyawa. Menghadap setiap yang datang. Kau penyeri aku untuk terima kenyataan, walau tahu mimpi semalam itu indah. Kenapa ? Seribu persoalan memeluk tubuh. 14 hari menghilang dalam pandangan anak mata, aku pergi buat seketika. Maafkan aku andai tersalah bicara. Kau memberi aku makan, maka... Aku mohon jagakan diri kau untuk aku. Halalkan yang menjadi daging dalam diri. Kata hati "jangan hitung masa" nnt lambat berlalu. Rindu aku atas gelak kau, tawa kau, semangat kau, 14 hari aku hilang semua tu. Terima kasih sang kau yang sudi melayan setiap saat kerenah aku tanpa jemu. Yang gila lagi menggila adalah kau.